Selasa, 5 November 2013

Sejarah Cloud Computing


John McCharthy

Pada dekad 1960-an, John McCharthy, pakar pengkomputeran MIT yang juga dikenali sebagai salah satu perintis dalam bidang kecerdasan buatan, telah menyampaikan sebuah visi bahawa “Suatu hari nanti pengkomputeran akan menjadi infrastruktur awam, seperti elektrik dan telefon”







Larry Ellison
Namun terbaru di tahun 1995 seorang pengasas Oracle bernama Larry Ellison memperkenalkan “Network Computing” sebagai kempen untuk menggugat dominasi Microsoft yang di saat itu menjadi penguasa desktop computing dengan Windows 95 buatannya.
Dengan demikian Larry Ellison menjana idea yang menyatakan bahawa dalam pengkomputeran, pengguna tidak memerlukan sistem operasi, program aplikasi, yang harus dimasukkan ke dalam PC mereka. Hingga pada awal abad ke 21, Kehadiran berbagai teknik baru dalam pengembangan perisian di awal abad 21, terutama di kawasan pengaturcaraan berasaskan web disertai peningkatan kapasiti jaringan internet, telah menjadikan laman-laman internet bukan lagi mengandungi sekadar maklumat statik. Tapi sudah mulai mengarah ke aplikasi perniagaan yang lebih kompleks.


Marc Benioff

Populariti Cloud Computing semakin meningkat di awal tahun 2000-an, Marc Benioff ex VP di Oracle, melancarkan perkhidmatan aplikasi CRM dalam bentuk Software as a Service, Salesforce.com.
Dengan slogan yang terkenal iaitu “The End of Software”, Benioff  boleh dikatakan berhasil mewujudkan Network Computing yang diperkenalkan oleh Larry Elisson menjadi kenyataan satu dekad kemudian.




Seterusnya istilah Cloud Computing menjadi semakin terkenal di dunia teknologi maklumat. Bermula pada tahun 2005, mula muncul inisiatif yang didorong oleh nama-nama besar seperti Amazon.com yang melancarkan Amazon EC2 (Elastic Compute Cloud), Google dengan Google App Engine-nya, tak ketinggalan gergasi biru IBM melancarkan Blue Cloud Initiative dan sebagainya. Akhirnya seperti yang kita saksikan sekarang, seluruh nama- nama besar terlibat dalam pertarungan menguasai awan ini. Bahkan pengilang Dell, pernah cuba mempatenkan istilah "Cloud Computing", namun ditolak oleh pihak berkuasa paten Amerika.

Definisi cloud computing



        Cloud computing adalah proses di mana Anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi Anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda memuatnaik data-data milik Anda ke sebuah website kemudian data yang Anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet. Cloud computing semakin banyak digunakan. Syarikat besar juga menggunakan cloud Computing sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi boleh  berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk mem’backup’ data-data penting. Secara tidak langsung ianya dapata menjimatkan kertas, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimatkan kos.


        Seperti kemudahan digital lain, Cloud Computing ada risiko tersendiri. Apa saja benda yang menggunakan ‘password’ boleh dipecah masuk. Laman web milik Anda boleh digodam oleh hacker berkemahiran. Mungkin orang lain dapat tahu tentang password Anda, membuka laman web Anda kemudian memadamkan data-data yang tersimpan di situ tanpa Anda ketahui.


Terdapat tiga jenis awan (cloud) iaitu:




a)      Public Cloud

Ianya memerlukan pembekal perkhidmatan membuat sumber, seperti aplikasi dan penyimpanan, yang boleh digunakan kepada orang awam melalui Internet. Antara manfaat utama menggunakan perkhidmatan awan awam ialah:

·      Ianya mudah dan murah untuk ditubuhkan kerana perkakasan, aplikasi dan jalur lebar kos yang dilindungi oleh pembekal.
·         Berskala untuk memenuhi keperluan.
·         Tiada pembaziran sumber kerana anda membayar untuk apa yang anda gunakan.


b)      Private Cloud

Merupakan satu rangkaian data center yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti yang terhad. Awan swasta (juga dipanggil awan dalaman atau awan korporat) adalah satu istilah pemasaran untuk hak milik seni bina komputer yang menyediakan perkhidmatan untuk menjadi tuan rumah kepada bilangan orang yang terhad.


c)      Virtual Private Cloud


Merupakan public cloud yang diwujudkan untuk kegunaan peribadi. Awan maya swasta (VPC) adalah bahagian logik awan awam seni bina pelbagai penyewa pembekal perkhidmatan untuk menyokong pengkomputeran awan swasta dalam persekitaran awan awam. Sama seperti rangkaian persendirian maya (VPN) menyediakan pemindahan data yang selamat melalui Internet awam, VPC menyediakan pemindahan data yang selamat antara syarikat swasta dan pembekal awan awam, memastikan bahawa data setiap pelanggan kekal diasingkan daripada data setiap pelanggan lain kedua-dua dalam transit dan dalam rangkaian pembekal awan itu. Ini boleh dicapai melalui penggunaan dasar-dasar keselamatan yang memerlukan beberapa - atau semua - unsur-unsur berikut: menangani penyulitan, terowong, IP swasta atau memperuntukkan VLAN yang unik untuk setiap pelanggan.

Infrastruktur Cloud computing



Cloud Computing juga membawa maksud 'komputer awan' atau juga lebih dikenali sebagai 'pengkomputeran awam'. Perkhidmatan ini terbahagi kepada 3 iaitu :


1.  Infrastruktur as a servis (IaaS)
Menyediakan perkhidmatan virtal server instance (API) untuk akses/configurasi virtual server dan storage masing-masing. Pada masa ini, setiap syarikat yang melanggan hanya perlu membayar apa yang mereka guna sahaja.

2.  Platform as a service (PaaS)

Ianya boleh didefinisikan sebagai satu alat pembangunan perisian yang dihoskan oleh mana-mana pembekal infrastruktur. Pembangunan aplikasi ini dilakukan melalui internet. Contohnya seperti Goggle Apps, Force.com dan Salesforce.com.

3.  Software as a service (SaaS)


Saas merupakan pasaran yang sangat luas di mana pihak vendor akan membekalkan hardware  infrastruktur, produk perisian dan akan berhubung dengan pengguna melalui Front-End- Portal.  Contohnya seperti Web based email, inventory control dan database processing.

Ciri-ciri Cloud Computing


1. On-Demand Self-Services ( perkhidmatan sendiri di atas keperluan )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus dapat dimanfaatkan oleh pengguna melalui  mekanisme perkhidmatan diri dan langsung tersedia pada saat diperlukan. Campur tangan penyedia layanan adalah sangat minimum. Jadi, apabila kita memerlukan perkhidmatan aplikasi CRM (sesuai contoh di awal), maka kita harus dapat mendaftar dengan sendiri dan perkhidmatan tersebut akan tersedia pada waktu itu juga.

2. Broad Network Access ( akses jaringan yang besar )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus dapat diakses dari mana sahaja, bila-bila masa sahaja, dengan alat apa pun, asalkan kita terhubung ke jaringan perkhidmatan. Dalam contoh layanan aplikasi CRM di atas, selama kita terhubung ke jaringan Internet, saya harus dapat mengakses perkhidmatan tersebut, sama ada laptop, desktop,  handphone, tablet, dan peranti lain.

3. Resource Pooling ( sumber pengumpulan ) 
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus tersedia secara terpusat dan dapat memberi sumber daya secara efisien. Oleh kerana cloud computing digunakan bersama-sama oleh berbagai pelanggan, penyedia perkhidmatan harus dapat membahagikan beban secara efisien, sehingga sistem dapat dimanfaatkan secara maksimal.

4. Rapid Elasticity ( keanjalan yang pesat )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus dapat menaikkan (atau menurunkan) kapasiti atau muatan sesuai dengan keperluan. contohnya, apabila pegawai di pejabat bertambah, maka kita harus dapat menambah pengguna untuk aplikasi CRM tersebut dengan mudah. Begitu juga jika pegawai berkurang. Atau, apabila kita menempatkan sebuah website berita dalam jaringan cloud computing, maka apabila terjadi peningkatkan traffic disebabkan ada berita penting, maka kapasiti harus dapat dinaikkan dengan cepat.

5. Measured Service ( perkhidmatan diukur )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus disediakan secara terukur, karena ianya  akan digunakan dalam proses pembayaran. perkhidmatan  cloud computing dibayar sesuai dengan penggunaan, dan ianya haruslah terukur dengan baik.

Contoh teknologi cloud


Satu contoh teknologi cloud iaitu dropBox. DropBox merupakan kombinasi fail dan melakukan perhubungan rangkaian dengan gadget lain. Contohnya apabila  kita menggunakan Windows, Mac OSX, Android, ataupun alat yang lain, kita boleh mendapatkan berbagai fail melalui DropBox.  Paling mudah adalah perhubungan rangkaian secara automatik atau kita memasukan ke dalam fail orang lain. Contohnya, saya memiliki project mini games yang bernama War target games. Folder  War target games tersebut saya kongsi menggunakan DropBox ke  programmer, designer, composer, dan lain-lain. Sekiranya ada yang menambahkan fail baru ke dalam folder tersebut di komputer miliknya, saya akan menerima file tersebut ke dalam komputer milik saya secara automatik. Oleh karena itu, DropBox pada masa ini menjadi tools yang sangat penting untuk proses perkembangan perkongsian maklumat terkini melalui alam maya.

Kelebihan Cloud Computing

1)   Dapat berkongsi data dengan pengguna lain.
2)   Mengurangkan beban membawa peralatan seperti External hardisk atau pendrive.
3)   Memudahkan akses perolehan  data di mana sahaja.

Kelemahan Cloud Computing

1)   Data peribadi mudah diakses oleh pengguna lain.
2)   Tidak boleh memperolehi data jika tidak mempunyai talian internet.
3)   Saiz penyimpanan data yang terhad.

Kesimpulan

Pengkomputeran awan adalah penting kerana ia merangkumi pelbagai teknologi yang berbeza yang telah dibangunkan melalui sejarah pengkomputeran komersial. Ia merupakan satu langkah evolusi penting. Kebangkitan Internet , jalur lebar meningkat pada desktop dan di tulang belakang, pergerakan ke arah penyumberan luar, pembangunan seni bina berorientasikan perkhidmatan ( SOA, topik yang hangat diperkatakan yang lain), pengkomputeran mudah alih dan tanpa wayar - semua adalah sebahagian daripada revolusi pengkomputeran awan.

Pengkomputeran awan menawarkan faedah untuk organisasi dan individu. Terdapat juga
privasi dan keprihatinan keselamatan. Jika anda mempertimbangkan perkhidmatan awan, anda perlu berfikir tentang bagaimana maklumat peribadi anda, dan pelanggan anda, yang boleh dilindungi dengan baik. Berhati-hati mengkaji semula syarat-syarat perkhidmatan atau kontrak, dan mencabar pembekal untuk memenuhi keperluan anda.