Selasa, 5 November 2013

Sejarah Cloud Computing


John McCharthy

Pada dekad 1960-an, John McCharthy, pakar pengkomputeran MIT yang juga dikenali sebagai salah satu perintis dalam bidang kecerdasan buatan, telah menyampaikan sebuah visi bahawa “Suatu hari nanti pengkomputeran akan menjadi infrastruktur awam, seperti elektrik dan telefon”







Larry Ellison
Namun terbaru di tahun 1995 seorang pengasas Oracle bernama Larry Ellison memperkenalkan “Network Computing” sebagai kempen untuk menggugat dominasi Microsoft yang di saat itu menjadi penguasa desktop computing dengan Windows 95 buatannya.
Dengan demikian Larry Ellison menjana idea yang menyatakan bahawa dalam pengkomputeran, pengguna tidak memerlukan sistem operasi, program aplikasi, yang harus dimasukkan ke dalam PC mereka. Hingga pada awal abad ke 21, Kehadiran berbagai teknik baru dalam pengembangan perisian di awal abad 21, terutama di kawasan pengaturcaraan berasaskan web disertai peningkatan kapasiti jaringan internet, telah menjadikan laman-laman internet bukan lagi mengandungi sekadar maklumat statik. Tapi sudah mulai mengarah ke aplikasi perniagaan yang lebih kompleks.


Marc Benioff

Populariti Cloud Computing semakin meningkat di awal tahun 2000-an, Marc Benioff ex VP di Oracle, melancarkan perkhidmatan aplikasi CRM dalam bentuk Software as a Service, Salesforce.com.
Dengan slogan yang terkenal iaitu “The End of Software”, Benioff  boleh dikatakan berhasil mewujudkan Network Computing yang diperkenalkan oleh Larry Elisson menjadi kenyataan satu dekad kemudian.




Seterusnya istilah Cloud Computing menjadi semakin terkenal di dunia teknologi maklumat. Bermula pada tahun 2005, mula muncul inisiatif yang didorong oleh nama-nama besar seperti Amazon.com yang melancarkan Amazon EC2 (Elastic Compute Cloud), Google dengan Google App Engine-nya, tak ketinggalan gergasi biru IBM melancarkan Blue Cloud Initiative dan sebagainya. Akhirnya seperti yang kita saksikan sekarang, seluruh nama- nama besar terlibat dalam pertarungan menguasai awan ini. Bahkan pengilang Dell, pernah cuba mempatenkan istilah "Cloud Computing", namun ditolak oleh pihak berkuasa paten Amerika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan