Selasa, 5 November 2013

Definisi cloud computing



        Cloud computing adalah proses di mana Anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi Anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda memuatnaik data-data milik Anda ke sebuah website kemudian data yang Anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet. Cloud computing semakin banyak digunakan. Syarikat besar juga menggunakan cloud Computing sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi boleh  berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk mem’backup’ data-data penting. Secara tidak langsung ianya dapata menjimatkan kertas, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimatkan kos.


        Seperti kemudahan digital lain, Cloud Computing ada risiko tersendiri. Apa saja benda yang menggunakan ‘password’ boleh dipecah masuk. Laman web milik Anda boleh digodam oleh hacker berkemahiran. Mungkin orang lain dapat tahu tentang password Anda, membuka laman web Anda kemudian memadamkan data-data yang tersimpan di situ tanpa Anda ketahui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan